Karier sebagai pemain Garry_Monk

Awal karier

Dilahirkan di Bedford, Bedfordshire,[1] Monk memulakan kariernya sebagai pelatih di Torquay United, membuat lima penampilan pada musim 1995–96 semasa masih menjadi pelatih. Pada akhir musim tersebut, dia berpindah ke Southampton untuk melengkapkan perantisan dan menjadi pemain profesional bersama The Saints pada bulan Mei 1997.[2]

Monk kembali ke Torquay secara pinjaman pada bulan September 1998 dan selepas kembali ke the Dell, dia dengan segera menembusi skuad utama, membuat penampilan sulungnya untuk pasukan utama ketika menentang Derby County pada 28 November 1998. Pada bulan September 1999, dia dipinjamkan ke Stockport County sebelum dipanggil semula ke pasukan utama untuk dua perlawanan pada bulan Januari 2000.[2]

Dia kemudiannya dipinjamkan ke Oxford United (pada bulan Januari 2001), tetapi dipanggil semula dari Oxford oleh Glenn Hoddle keranan krisis kecederaan pertahanan Southampton. Pada bulan Mei 2001, dia berada dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan terakhir di The Dell, menentang Manchester United dan Arsenal, kedua-duanya berakhir dengan kemenangan.[2]

Monk dipinjamkan lebih lama ke Sheffield Wednesday (dari bulan Disember 2002 sehingga 20 Mac) dengan pilihan untuk perpindahan tetap, tetapi tidak menjadi kenyataan selepas penyingkiran Wednesday ke Divisyen Dua.[2] Dia meninggalkan the Saints pada bulan Februari 2004 dan menyertai Barnsley secara perpindahan percuma, selepas dipinjamkan ke situ untuk tiga bulan lepas. Dia gagal untuk menyesuaikan diri di Oakwell tetapi menjaringkan gol pertama dalam kariernya ketika kemenangan 2-1 dalam Piala FA menentang Bristol City pada 16 Disember,[3] dan berpindah ke Swansea City secara perpindahan percuma pada bulan Jun 2004.

Swansea City

Monk memanaskan badan untuk Swansea pada musim 2004–05

Monk membuat penampilan sulung untuk Swansea pada 7 Ogos 2004 ketika kekalahan 0–2 kepada Northampton Town di Vetch Field dalam hari pertama musim League Two.[4] Pada 4 September, dia diberi kad merah pada minit ke-84 ketika menentang Yeovil Town.[5] Monk sekali lagi dibuang padang pada 20 November ketika kekalahan 0–2 kepada Shrewsbury Town kerana menolak pengadil, Eddie Ellans pada minit ke-43.[6] Dia menerima kad merah ketiganya pada 8 Februari 2005 ketika kekalahan 0–1 kepada Mansfield Town.[7] Swansea menamatkan musim itu dengan meraih promosi ke League One.

Pada 22 November 2005, Monk menjaringkan gol pertamanya untuk Swansea ketika kemenangan 4-0 dalam Football League Trophy ke atas Rushden & Diamonds di Stadium Liberty.[8] Gol pertamanya dalam liga datang pada 14 Januari 2006 ketika seri 1–1 dengan Bradford City.[9]

Pada bulan Ogos 2006, selepas Roberto Martínez dilepaskan, ia telah diumumkan bahawa Monk telah dijadikan kapten untuk musim akan datang. Walau bagaimanapun, selepas dua perlawanan memasuki musim 2006–07, dia mengalami kecederan dan terlepas keseluruhan kempen.

Monk kembali ke pasukan pada permulaan musim 2007–08 sebagai kapten dan mengetuai the Swans untuk meraih promosi ke peringkat kedua bola sepak Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun. Monk mengangkat trofi pertamanya sebagai kapten Swansea selepas pasukan itu meraih promosi dengan muncul juara League One.[10] Dia menjaringkan satu gol pada musim itu ketika kemenangan 3–2 ke atas Leeds United.[11]

Pada musim 2008–09, Monk bergandingan dengan Ashley Williams yang ditandatangani dari Stockport County. Pada 9 Ogos, hari pembukaan musim Championship, Monk dibuang padang ketika kekalahan 0–2 kepada Charlton Athletic di The Valley.[12] Satu-satunya gol daripadanya musim itu adalah ketika kemenangan ke atas Bristol City pada 18 April 2009.[13] Dalam musim pertama mereka selepas kembali ke Championship, Swansea menduduki tempat ke-8.

Pada musim 2009–10, Swansea terlepas tempat untuk play-off Championship pada hari terakhir musim. Pada 11 Ogos, dalam pusingan pertama Piala Liga, Monk menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Brighton & Hove Albion.[14] Dua minggu kemudian, dia merupakan salah seorang daripada tiga pemain Swansea yang dibuang padang – bersama-sama Àngel Rangel dan Gorka Pintado – ketika pasukan itu kalah 1-2 selepas masa tambahan kepada Scunthorpe United dalam pusingan kedua.[15]

Musim 2010–11 bermula dengan baik dan Monk bermain setiap perlawanan sehingga mengalami kecederaan ketika menentang Colchester United dalam Piala FA pada 8 Januari 2011.[16] Dia kemudiannya kembali ke pasukan dan mengetuai the Swans untuk tempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan perlawanan akhir play-off Championship ke atas Reading. Monk kemudiannya diberi kontrak baru tiga tahun, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2014.[17]

Pada 6 Februari 2013, Monk menandatangani kontrak lanjutan setahun bersama Swansea, mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2015.[18] Monk kemudiannya memenangi trofi utama pertama dalam kariernya selepas Swansea, dibawah pengurus Michael Laudrup mengalahkan Bradford City 5-0 dalam perlawanan akhir Piala Liga 2013 di Stadium Wembley. Monk mengangkat trofi bersama-sama Ashley Williams selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-63 menggantikan Ki Sung-yueng.[19]

Rujukan

WikiPedia: Garry_Monk http://www.bbc.com/sport/0/football/31466678 http://www.bbc.com/sport/0/football/32579337 http://www.bbc.com/sport/0/football/32770846 http://www.soccerbase.com/managers/manager.sd?mana... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.theguardian.com/football/2014/aug/16/ma... http://www.swanseacity.net/news/article/gm-appoint... http://www.swanseacity.net/news/article/swansea-ci... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/14447383.... http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/4448646.s...